Jul 24, 2014 at 08:20 PM
Putra Mahkota Community
Community Forum of Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota & Taman Impian Putra
BSP Info
Bandar Seri Putra
Popular
Latest News
Bandar Seri Putra
Written by khaiatbsp   
Nov 19, 2005 at 07:52 AM

Bandar Seri Putra adalah sebuah bandar baru di Bangi, Selangor. Ianya dibina oleh Bangi Heights Development Sdn Bhd, iaitu anak syarikat kepada UM Land Berhad. Keluasan Bandar Seri Putra adalah seluas 898 ekar dan telah dibangunkan semenjak tahun 1997. Bandar Seri putra kini mempunyai lebih daripada 4,262 unit bangunan rumah kediaman pelbagai jenis dan kedai/pejabat yang telah diduduki. Dianggarkan penduduk Bandar Seri Putra berjumlah 16,000 orang.


Bandar Seri Putra menawarkan kediaman berkualiti didalam bandar moden yang terletak bersebelahan dengan Lebuhraya KL-Seremban. Akses ke Bandar Seri Putra adalah melalui persimpangan Putra Mahkota (EXIT 213). Anggaran perjalanan 42 km ke Kuala Lumpur, 37 km ke Seremban, 36 km ke KLIA, 25 km ke Cyberjaya, 23 km ke Putrajaya, 16 km ke Bandar Baru Bangi, 14 km ke Semenyih, 11 km ke Nilai dan 3.5 km ke pekan Bangi (Lama).



Bandar Seri Putra terletak berdekatan dengan pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya dan hampir kepada projek Koridor Raya Multimedia, MSC (Multimedia Super Coridor). Ianya juga dihubungkan terus dengan hub pendidikan (Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Nilai dan Cyberjaya)  yang menempatkan institusi penganjian tinggi seperti UPM, UKM UNITEN, Kolej Universiti INTI, MMU, LimKokWing,  CUCMS dan KUIS. Maka sudah tentulah Bandar Seri Putra menjadi tempat penempatan pegawai kerajaan, profesional dan para ilmuan bagi sebelah selatan Kuala Lumpur.

Sebanyak 20 skim perumahan telah diduduki (3 skim belum diduduki) dan ini tidak termasuk rumah kedai/pejabat.

  1. Pangsapuri Vista Seri Putra (700 unit)
  2. Pangsapuri Seri Melati (359 unit)
  3. Pangsapuri Seri Mawar (359 unit)
  4. Pangsapuri Seri Dahlia (336 unit)
  5. Putra Hill Residency (261 lot)
  6. Putra Villa (152 unit)
  7. Acasia (125 unit)
  8. Putra Terrace (250 unit)
  9. D'Putra 56 (56 unit)
  10. Putra 96 (96 unit)
  11. Putra Tropika (249 unit)
  12. D'Sentral (399 unit)
  13. D'Puncak Nusa (144 unit)
  14. D'Puncak Putra (146 unit)
  15. D'Puncak Aman (72 unit)
  16. D'Puncak Unggul (56 unit)
  17. Princeton Residences (62 unit)
  18. Anjung Suasana 8A (115 unit)
  19. Castanea Residences (52 unit)
  20. Rimbun Suria (87 unit)
  21. Laman Indah (Telah siap sepenuhnya)
  22. Anjung Suasana 2 (telah dilancarkan)
  23. Legundi Residences (telah dilancarkan)


Bandar Seriputra juga terletak bersebelahan dengan dua lagi bandar baru yang pesat membangun iaitu Bukit Mahkota dan Taman Inpian Putra. Juga tidak jauh daripada Pekan Bangi. Perjalanan ke Nilai hanya mengambil masa beberapa minit melalui Bukit Mahkota. Manakala perjalanan ke Bandar Baru Bangi melalui Pekan Bangi Lama juga kurang 10 minit. Ianya juga dihubungkan ke Lebuhraya LEKAS melalui jalan ke Semenyih. Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) terletak di dalam kawasan Bandar Seri Putra.

Dari segi pentadbiran, Bandar Seri Putra adalah dibawah Majlis Perbandaran Kajang. Manakala bagi kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), ianya dibawah Parlimen Serdang dan DUN Bangi. Sebagai menjaga keperluan setempat, Bandar Seri Putra diletakkan dibawah Ahli Majlis Zon 24, Majlis Perwakilan Penduduk MPKj.

 

Fakta Bandar Seri Putra

Pemaju

  • Bangi Heights Development Sdn Bhd


Projek-projek

  1. Pangsapuri Vista Seri Putra (700 unit)
  2. Pangsapuri Seri Melati (359 unit)
  3. Pangsapuri Seri Mawar (359 unit)
  4. Pangsapuri Seri Dahlia (336 unit)
  5. Putra Hill Residency (261 lot)
  6. Putra Villa (152 unit)
  7. Acasia (125 unit)
  8. Putra Terrace (250 unit)
  9. D'Putra 56 (56 unit)
  10. Putra 96 (96 unit)
  11. Putra Tropika (249 unit)
  12. D'Sentral (399 unit)
  13. D'Puncak Nusa (144 unit)
  14. D'Puncak Putra (146 unit)
  15. D'Puncak Aman (72 unit)
  16. D'Puncak Unggul (56 unit)
  17. Princeton Residences (62 unit)
  18. Anjung Suasana 8A (115 unit)
  19. Castanea Residences (52 unit)
  20. Rimbun Suria (87 unit)
  21. Laman Indah (Telah siap sepenuhnya)
  22. Anjung Suasana 2 (telah dilancarkan)
  23. Legundi Residences (telah dilancarkan)


Kemudahan Awam

  • Lebuhraya Utara Selatan
  • Lebihraya LEKAS
  • Komuter (Bangi)
  • Balai Polis
  • Pejabat Pos
  • Bank Simpanan Nasional
  • Bank Islam (ATM)
  • CIMB (ATM)
  • Maybank (ATM dan Cek Deposit)
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra
  • Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Seri Putra
  • Stesyen Minyak Petronas
  • Klinik Kesihatan Bandar Seri Putra
  • Pasar Malam (Selasa dan Sabtu)
  • Taman Rekreasi
  • Restoran
  • Farmasi
  • Klinik
  • Kedai Serbanika


Masjid/Surau

  • Masjid Al-Azhar, KUIS
  • Masjid Al-Mustaqim, Bandar Seri Putra
  • Surau As Syakirin - Pangsapuri Seri Melati
  • Surau Al-Hijrah - Putra Tropika
  • Surau Khairiyatulislamiah Seri Dahlia - Pangsapuri Seri Dahlia
  • Surau Al-Mustaqim, Vista Seri Putra
  • Surau Syaidina Umar Al-Khattab - Puncak Nusa

Komuniti Online

  • Portal Bandar Seri Putra
  • Blog Bandar Seri Putra
  • Forum Putra-Mahkota


Persatuan Penduduk

  • Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra (BSP Induk/Gabungan persatuan taman-taman BSP)
  • Banglo Lot
  • Acacia
  • Anjung Suasana
  • Castanea
  • D'Punchak Nusa
  • D'Punchak Putra
  • D'Punchak Unggul
  • D'Punchak Aman
  • D'Sentral Terrace
  • Laman Indah
  • Princeton Residences
  • Putra Terrace
  • Putra Tropika
  • Putra Villa
  • Rimbun Suria
  • SeriPutra-5
  • Vista Seri Putra
  • Pangsapuri Seri Dahlia
  • Pangsapuri Seri Mawar
  • Pangsapuri Seri Melati

Kelab

  • Kelab Sukan Putra Mahkota
  • Kelab Badminton Nusa Putra
Write Comment (0 comments)
Last Updated ( May 21, 2011 at 07:45 AM )

Polls
Apa yang ingin ada lihat di BSP?
  
Other Menu
Administrator
Syndicate

Warning: MagpieRSS: Failed to parse RSS file. (mismatched tag at line 21, column 4) in /home/mkrefcom/public_html/bsp/includes/magpierss/rss_fetch.php on line 238
Majlis Perbandaran Kajang

    Warning: Invalid argument supplied for foreach() in /home/mkrefcom/public_html/bsp/includes/frontend.html.php on line 113
Blog Majlis Perbandaran Kajang
MPKj
Ahli Majlis Zon 24
mpkj_mppzon24.2u
ADUN Bangi
Dr Shafie Abu Bakar
PPBSP
Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra
Pangsapuri Seri Mawar
Suara Penduduk Pangsapuri Seri Mawar
Putra Tropika
Komuniti Putra Tropika
Seriputra5
Seriputra5
Vista Seri Putra
Warta Vista
Surau Al-Hijrah
Surau Al-Hijrah
Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra
SK Bandar Seri Putra
Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra
سكوله رنده اڬام بندر سري ڤوترا باڠي | SRA Bandar Seri Putra